MAKLUMAT PRIVASI UNTUK PEMAIN MUDA

Kemas Kini Terakhir: 28 November 2025

Siapakah Epic Games?

Hai! Kami Epic Games, dan kami mencipta permainan hebat seperti Fortnite Battle Royale, LEGO Fortnite Odyssey, Fortnite Festival, Fall Guys, Rocket League, Rocket Racing, dan banyak lagi! Kami juga membuat alat menarik yang membantu orang membina permainan video mereka sendiri, dan kami kendalikan Epic Games Store.

Tentang apakah halaman ini?

Apabila anda bermain permainan video dan melawat laman web, beberapa maklumat tentang anda dapat dikumpulkan. Halaman ini membincangkan tentang maklumat apa yang kami kumpulkan, mengapa kami mengumpulkannya, dan bagaimana kami menggunakannya untuk permainan yang anda mainkan, laman web yang anda lihat dan sebarang perkhidmatan dalam talian lain yang anda gunakan dari Epic Games.

Jika anda mahu semua butiran, minta ibu bapa/penjaga anda untuk membantu anda membaca sepenuhnya Dasar Privasi Epic Games.

Apakah Maklumat yang Kami Kumpul?

Kami mengumpulkan pelbagai jenis maklumat bergantung pada permainan, laman web atau perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan dan cara anda menggunakannya.

Kami mendapat maklumat anda apabila anda berkongsinya dengan kami, seperti apabila anda:

  • mendaftar untuk akaun Epic (seperti menambah e-mel dan tarikh lahir anda),
  • menghubungi Sokongan Pemain, dan
  • menghantar laporan sembang suara atau teks semasa sedang bermain permainan kami.

Kami secara automatik mengumpul beberapa maklumat anda menggunakan alat khas, seperti:

  • peranti yang anda gunakan (telefon, konsol atau komputer),
  • permainan kami yang mana anda mainkan, dan
  • maklumat yang membantu kami menangkap pemain yang melanggar peraturan kami.

Kadang-kadang kami mendapat maklumat anda daripada syarikat lain, seperti PlayStation®, Microsoft Xbox atau Nintendo Switch apabila anda bermain permainan kami menggunakan konsol-konsol permainan itu.

Bagaimanakah cara kami menggunakan maklumat anda?

Kami menggunakan maklumat anda untuk:

  • membuat permainan, laman web, dan perkhidmatan dalam talian kami yang berfungsi,
  • memperbaiki permainan kami, laman web dan perkhidmatan dalam talian serta menjadikan semuanya lebih menyeronokkan,
  • memperibadikan pengalaman anda atau membiarkan anda mendengar tentang acara, berita atau permainan Epic lain yang mungkin anda suka (jika anda cukup umur atau mempunyai kebenaran), dan
  • membantu mengenal pasti hal seperti penipuan dan membantu menjaga keselamatan orang.

Contoh: Dalam Fortnite, jika anda berumur bawah 18 tahun, laporan suara sentiasa dihidupkan. Ini bermakna jika anda menggunakan sembang dan seseorang melanggar peraturan kami (seperti jika anda melihat pembuli atau pemain toksik), anda boleh hantarkan kepada kami laporan dalam permainan supaya kami boleh menyemak semula sembang suara anda untuk memeriksa apa yang berlaku.

Bilakah kami berkongsi maklumat?

Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan:

  • syarikat Epic lain dan syarikat yang bekerja untuk kami untuk membantu kami menjalankan permainan, laman web dan perkhidmatan dalam talian lain (seperti ID pengguna atau alamat IP anda),
  • syarikat konsol permainan seperti PlayStation®, Microsoft Xbox, atau Nintendo Switch jika anda bermain permainan kami pada konsol-konsol itu,
  • pencipta permainan jika anda memuat turun permainan mereka dari Epic Games Store supaya anda boleh memainkannya,
  • platform atau kedai dalam talian jika anda memilih untuk menghubungkan akaun Epic anda dengan mereka punya (jika anda cukup umur atau mempunyai kebenaran), dan
  • polis atau penguat kuasa undang-undang lain untuk membantu menjaga keselamatan anda dan orang lain seperti pekerja dan pemain kami.

Apakah pilihan yang anda ada mengenai maklumat anda?

Anda boleh meminta kami:

  • untuk membetulkan atau mengubah maklumat anda,
  • untuk salinan maklumat anda, dan
  • untuk memadamkan akaun anda.

Ibu bapa/penjaga anda juga boleh melakukan perkara-perkara ini untuk anda (bergantung pada umur anda).

Untuk menghantar permintaan kepada kami, ikut arahan di bahagian bawah halaman ini atau lihat Dasar Privasi Epic Games penuh di Bahagian 12 (Bagaimanakah Anda Boleh Menghubungi Kami?) untuk maklumat hubungan kami.

Apakah tetapan lalai dan kawalan ibu bapa?

Jika anda berumur di bawah 18 tahun, akaun Epic anda bermula dengan tetapan privasi yang tinggi. Itu bermakna:

  • beberapa ciri seperti sembang, profil dan cadangan peribadi adalah terhad atau dimatikan, dan
  • sesetengah tetapan boleh diubah oleh anda apabila anda lebih dewasa.

Sesetangah ciri memerlukan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga anda terlebih dahulu. Ibu bapa/penjaga anda boleh menyediakan Kawalan Ibu Bapa menggunakan Portal Akaun kami.

Bagaimanakah anda boleh kekal selamat dalam talian?

Untuk membantu anda mendapatkan pengalaman terbaik, berikut adalah beberapa petua tentang cara untuk kekal selamat dalam talian:

  • Jika anda boleh memilih nama paparan, pilihlah yang menyeronokkan dan jangan gunakan nama sebenar anda.
  • Jangan sekali-kali berkongsi perkara seperti nama sebenar, nombor telefon, alamat anda atau apa-apa yang sulit dengan orang lain.
  • Berhati-hati dalam sembang, jangan kongsi perkara peribadi walaupun dengan kawan yang anda jumpa dalam talian. Anda boleh mengawal ciri sosial dalam tetapan anda.
  • Gunakan kata laluan yang kuat yang tiada siapa boleh teka dan simpannya sebagai rahsia.
  • Jika anda rasa seseorang telah masuk ke dalam akaun anda, beritahu kami dengan segera.

Lihat Pusat Keselamatan dan Sekuriti kami untuk lebih banyak petua berguna tentang cara untuk kekal selamat dalam talian.

Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

  • Anda boleh melawat Pusat Sokongan kami untuk jawapan kepada soalan-soalan biasa.
  • Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected] jika anda mempunyai soalan.
  • Ibu bapa/penjaga menghantar soalan kepada kami dalam Permintaan Ibu Bapa atau Penjaga.