Terma & Syarat Kad Hadiah Fortnite
Terma & Syarat Kad Hadiah Fortnite ini (“Terma Kad Hadiah”) ialah perjanjian antara anda dengan Epic (ditakrifkan di bawah) untuk penggunaan anda bagi kad hadiah Fortnite (“Kad Hadiah”) dengan perkhidmatan baki prabayar yang dikaitkan dengan akaun Epic Games anda (“Baki Akaun Epic”).
Sebelum anda membeli, menebus atau menerima Kad Hadiah, sila baca Terma Kad Hadiah ini. Terma Kad Hadiah ini juga menggabungkan Terma Perkhidmatan (TOS) Epic Games kami di https://www.epicgames.com/tos (“TOS Epic”), yang merangkumi terma yang mengawal akaun Epic Games anda dan (untuk penduduk di luar Kesatuan Eropah) klausa timbang tara yang mengikat dan penepian tindakan kelas yang mempengaruhi hak anda tentang cara menyelesaikan sebarang pertikaian dengan Epic. Jika anda membeli, menebus atau menerima Kad Hadiah, anda akan terikat dengan Terma Kad Hadiah ini. PENTING: TERMA PERKHIDMATAN (TOS) EPIC MENGANDUNGI PERUNTUKAN TIMBANG TARA SERTA PENEPIAN TINDAKAN KELAS YANG MEMERLUKAN ANDA DAN EPIC MENYELESAIKAN PERTIKAIAN DALAM TIMBANG TARA INDIVIDU YANG MENGIKAT DAN MELEPASKAN HAK UNTUK KE MAHKAMAH SECARA INDIVIDU ATAU SEBAHAGIAN DARIPADA SUATU TINDAKAN KELAS. DENGAN MEMASUKI TERMA KAD HADIAH INI, ANDA DAN EPIC BERSETUJU UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN YANG TIMBUL DI BAWAH TERMA KAD HADIAH INI DALAM TIMBANG TARA INDIVIDU YANG MENGIKAT, SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM TERMA PERKHIDMATAN (TOS) EPIC. PERUNTUKAN TIMBANG TARA DAN PENEPIAN TINDAKAN KELAS TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA JIKA ANDA TINGGAL DI KESATUAN EROPAH.
Dalam Terma Kad Hadiah ini, “kami” atau "Epic" bermaksud: (a) jika anda menetap di Amerika Syarikat, Epic Games, Inc. (alamat: Box 254, 2474 Walnut Street, Cary, North Carolina, 27518, Amerika Syarikat), atau (b) jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat, Epic Games Commerce GmbH (alamat: Platz 10, 6039 Root D4, Switzerland) bersama sekutunya.
Perihal Kad Hadiah
Untuk menebus Kad Hadiah, anda memerlukan akses kepada Internet, anda mesti mempunyai akaun Epic Games dalam kedudukan yang baik, dan anda mesti menerima Terma dan Syarat Baki Akaun Epic yang terdapat di https://www.epicgames.com/account-balance-terms. Mata wang Kad Hadiah anda mesti sepadan dengan mata wang Baki Akaun Epic anda.
Kad Hadiah tidak akan sah sehinggalah ia dibeli dan diaktifkan dengan betul. Untuk senarai peruncit yang sah, sila lawati Soalan Lazim kami di https://www.epicgames.com/redeem. Setelah dibeli, Kad Hadiah tidak boleh diisi semula. Kad Hadiah bukan merupakan kad debit atau kad kredit, akaun deposit, atau tidak dipautkan kepada akaun deposit. Kad Hadiah anda bukan merupakan kad yang dikeluarkan oleh bank.
Penggunaan
Kad Hadiah hanya boleh ditebus untuk ditambahkan kepada Baki Akaun Epic anda, yang hanya boleh digunakan pada Perkhidmatan Epic yang mengambil bahagian. “Perkhidmatan Epic” bermaksud laman web, kedai, permainan, aplikasi atau produk atau perkhidmatan kami yang lain, yang kami sediakan untuk anda, seperti Fortnite, Epic Games Store atau mana-mana kedai digital Epic.
Bagi pengguna di bawah umur 13 tahun atau di bawah umur persetujuan digital di negara mereka, yang mana lebih tinggi, akaun Epic Games mereka mungkin merupakan "Akaun Berkabin" (Cabined Account). Untuk Akaun Berkabin, Baki Akaun Epic mungkin terhad kepada pembelian dalam permainan milik Epic seperti Fortnite, Rocket League dan Fall Guys, dan ibu bapa atau penjaga perlu memberikan persetujuan untuk membolehkan pembelian yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Akaun Berkabin, sila lawati https://www.epicgames.com/cabinedaccounts, dan untuk arahan bagi kebenaran oleh ibu bapa atau penjaga, sila lawati https://www.epicgames.com/parental-consent.
Sebarang maklumat yang kami kumpulkan apabila anda membeli atau menebus Kad Hadiah melalui Perkhidmatan Epic akan dikendalikan mengikut dasar privasi kami yang terdapat di https://www.epicgames.com/privacypolicy.
Baki Kad Hadiah
Sebarang Kad Hadiah promosi yang kami berikan kepada anda mungkin tamat tempoh dan mungkin tertakluk pada terma dan syarat tambahan yang berkaitan dengan promosi atau tawaran tersebut. Baki Kad Hadiah bukan promosi tidak akan tamat tempoh dan tiada bayaran yang dikaitkan dengan Kad Hadiah tersebut.
Kad Hadiah hanya boleh ditebus sekali untuk jumlah penuhnya. Apabila anda menebus Kad Hadiah, jumlah penuh akan dikaitkan dengan Baki Akaun Epic anda dan tidak boleh dipindah milik.
Jika anda tidak dapat menebus Kad Hadiah, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Epic untuk mendapatkan bantuan di https://www.epicgames.com/help.
Sekatan
Sebaik sahaja anda membeli atau menerima Kad Hadiah, anda menanggung semua risiko kerugian, termasuk jika Kad Hadiah tersebut rosak, hilang, dicuri atau digunakan tanpa kebenaran, atau sebarang kerugian akibat kerosakan komputer atau cakera keras semasa menebus Kad Hadiah. Jumlah Kad Hadiah tidak boleh ditebus untuk mendapatkan wang tunai, tidak boleh dibayar balik dan tidak boleh dipulangkan, ditukar atau dijual semula, melainkan jika sebaliknya dikehendaki oleh undang-undang atau dibenarkan oleh Terma Kad Hadiah ini. Selepas anda menebus Kad Hadiah, penggunaan baki anda mungkin tertakluk pada sekatan tambahan dalam Terma dan Syarat Baki Akaun Epic di https://www.epicgames.com/account-balance-terms.
Jika Baki Akaun Epic anda dan/atau akaun Epic Games anda telah ditamatkan, anda tidak akan dapat menebus mana-mana Kad Hadiah dan anda tidak akan berhak mendapat sebarang bayaran balik kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.
Perubahan Terma
Epic mungkin membuat kemas kini terhadap ketersediaan atau ciri Kad Hadiah atau Terma Kad Hadiah ini dari semasa ke semasa. Epic akan memberitahu anda jika terdapat perubahan yang menyekat atau mengehadkan keupayaan anda untuk menebus Kad Hadiah, atau jika Epic membuat perubahan terhadap bahagian "Perubahan Terma" ini.
Kecurian atau Penggunaan Tanpa Kebenaran
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Kad Hadiah anda dalam apa-apa cara yang menyalahi undang-undang, mengelirukan, memperdaya, tidak adil, atau sebaliknya membahayakan Epic, atau pengguna lain Perkhidmatan Epic. Anda akan menggunakan Kad Hadiah dengan mematuhi semua undang-undang yang berkenaan, termasuk semua sekatan, sekatan eksport dan eksport semula, dan peraturan Jabatan Perdagangan AS serta agensi lain, dan pihak berkuasa lain di Amerika Syarikat serta negara lain yang mungkin tertakluk padanya.
Kami berhak untuk menggunakan semua remedi atau tindakan balas yang tersedia di bawah undang-undang yang terpakai jika kami mengesyaki sebarang penyalahgunaan atau penipuan berkaitan dengan Kad Hadiah, termasuk menyekat penggunaan Kad Hadiah, mentaksahkan semua transaksi, atau membatalkan Kad Hadiah.
Pertikaian
Sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Kad Hadiah adalah tertakluk pada peruntukan yang berkaitan dengan timbang tara yang mengikat dan penepian tindakan kelas (jika anda tinggal di Amerika Syarikat atau tempat lain kecuali Kesatuan Eropah), undang-undang yang mentadbir, penafian waranti dan had liabiliti serta semua peruntukan lain dalam Terma Perkhidmatan (TOS) Epic. Dengan memasuki Terma Kad Hadiah ini atau apabila anda membeli, menerima atau menebus Kad Hadiah, anda bersetuju dengan peruntukan tersebut.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dan tanpa mengehadkan penafian dan pengehadan liabiliti dalam Terma Perkhidmatan (TOS) Epic, dalam apa jua keadaan, liabiliti kami untuk semua kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan Kad Hadiah tidak akan melebihi jumlah yang anda bayar untuk Kad Hadiah tersebut. Had ini terpakai kepada anda walaupun remedi yang tersedia gagal memenuhi tujuan utamanya, tertakluk pada undang-undang yang terpakai. Tiada apa-apa dalam Terma Kad Hadiah ini akan menjejaskan mana-mana hak berkanun yang tidak membenarkan pengecualian waranti tertentu atau had liabiliti. Oleh yang demikian, sesetengah pengecualian dan had ini mungkin tidak terpakai sepenuhnya kepada anda jika undang-undang tempatan anda tidak membenarkannya.
Notis kepada Anda
Jika kami memberitahu anda, termasuk tentang perubahan dalam Terma Kad Hadiah ini, kami akan melakukannya sama ada melalui akaun Epic Games anda atau melalui kaedah elektronik lain yang munasabah, termasuk melalui notis yang disiarkan di https://www.epicgames.com/giftcardterms.